Keluarga

Pasukan Kompang Al Ezhar 
Kg Pengkalan Alor Gajah
        Pasukan Kompang Kg Pengkalan Alor Gajah di tubuhkan pada bulan Jun 1999  di bawah pertubuhan Ezhar Negeri Melaka. Pasukan ini dianggotai anak-anak kampung Pengkalan sendiri seramai 22 orang.  Kebanyakan anggota persatuan ini dari pada kalangan pelajar-pelajar sekolah Rendah dan Menengah. 

      Latihan diadakan pada hujung minggu atau pada hari kelepasan Am dan cuti sekolah. 

        Menyertai dan berlatih dalam pasukan ini memberi peluang kepada ahli-ahli fokus minda mereka kepada seni ini sebagai satu saluran mengalirkan tenaga mereka serta menghindari mereka daripada gejalah sosial.  Didikan moral juga diberikan oleh jurulatih-jurulatih kami. Matlamat murni ini juga sedikit sebanyak membantu masyarakat tempatan semasa pasukan ini mempersembahkan pukulan kompang beriramanya semasa majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, Perkhataman AlQuran dan lain-lain lagi. 

 

Alor Gajah, Pengkalan Village Kompang Troupe was formed in June 1999. under the Ezhar Society.  This troupe has about 22 members consisting mainly of village boys.  Most of the members are from primary and secondary schools.
Training sessions are held on weekends, Public  and school holidays. Taking part in the training sessions gives an opportunity for them to focus their minds and this helps them channel their energy and prevents them getting involved in social ills. Moral lessions are also provided by our trainers The pure ambition at least helps the society when the troupe performs during gatherings for wedding ceremonies, AlQuran Initiation Ceremonies and others.
Keluarga